Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan (DBKL), Noor Azman  Mahlin  (tiga dari kiri) dan Pengurus Tajaan dan Sukan 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad (kanan) melepaskan  ikan patin ke Taman Tasik Ampang Hilir.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan (DBKL), Noor Azman Mahlin (tiga dari kiri) dan Pengurus Tajaan dan Sukan 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad (kanan) melepaskan ikan patin ke Taman Tasik Ampang Hilir.

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menganjurkan aktiviti memancing bukan sahaja sebagai aktiviti riadah, tetapi membantu warga kota untuk mengerat hubungan kekeluargaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik berkata, Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang memasuki tahun ketiga dan pencapaian penyertaan setiap tahun amat mengalakkan terutama penyertaan daripada pelbagai bangsa tidak kira muda dan warga emas.

“Kita juga menyasarkan tumpuan riadah memancing ini dijadikan riadah keluarga supaya warga kota dapat melakukan aktiviti bersama, selain memenuhi hobi memancing.

“Kami menjangkakan 1,000 peserta menyertai Sirkit Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2014/2015 siri ke 6 anjuran DBKL yang diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir pada sabtu ini

“Siri 1,2, 3, 4 dan 5 diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Tasik Permaisuri, Taman Tasik Metropolitan, Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri,” katanya ketika selepas majlis melepaskan lebih satu tan ikan spesies patin di tasik itu bersaiz antara 3 dan 5 kilogram.

Sirkit ke-6 ini menawarkan hadiah keseluruhan RM11,000 dan Juara pertandingan ini membawa pulang RM5,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga memperoleh RM1,000.

Pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM150, pemenang tempat ke-11 hingga 20 menerima RM70, manakala pemenang tempat ke-21 hingga 50 menerima RM30 seorang.

Normah berkata, Taman Tasik Ampang Hilir mempunyai keunikan tersendiri kerana tasik yang cukup luas dan banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan dan toman bersaiz 15 hingga 28 kilogram menanti kaki pancing.

Yuran RM20 dikenakan bagi sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Jumaat ini dari pukul 3 petang hingga 12 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 7:54 AM