KENDERAAN pelanggan turut rentung.
KENDERAAN pelanggan turut rentung.
KEBAKARAN di tingkat empat di Bachang, Melaka.
KEBAKARAN di tingkat empat di Bachang, Melaka.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Sebuah bengkel dan satu unit apartmen musnah dalam kebakaran di dua lokasi di Daerah Melaka Tengah dalam tempoh kurang enam jam sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM300,000, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga itu, selain bengkel berkenaan, kebakaran turut memusnahkan dua lori satu tan, tiga motosikal dan sebuah Proton Iswara milik pelanggan yang diletakkan di dalam premis berkenaan.

Saksi, Lee Foo Khong, 27, berkata, dia yang ketika itu tidur di kilang berhampiran menyedari kebakaran itu selepas terdengar bunyi letupan kuat dan salakan anjing di bengkel berkenaan.

“Pada mulanya, saya menyangkakan ia bunyi mercun, namun selepas mendengar bunyi salakan anjing, saya bergegas keluar sebelum melihat api marak pada bahagian hadapan bengkel berkenaan.

“Saya segera menghubungi bomba dan majikan memaklumkan mengenai kejadian. Selain bunyi letupan, keadaan api yang terlalu marak dan bahang juga mengakibatkan saya tidak berani menghampiri kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemilik bengkel, David Heng, 30, berkata, dia yang ketika itu berada di rumahnya di Cheng dimaklumkan mengenai kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 7:52 AM