BOMBA memadam kebakaran dua rumah pagi tadi. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
BOMBA memadam kebakaran dua rumah pagi tadi. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Yusmawati Mhd Yusof


Melaka: Dua rumah yang didiami empat keluarga musnah dalam kebakaran di Jalan Bendahara, Bandar Hilir di sini, pagi tadi.

Kejadian 9.50 pagi itu turut mengakibatkan satu daripada keluarga berkenaan kerugian lebih RM20,000.

Ketua Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Md Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 9.55 pagi dan tiga jentera bersama 16 anggota ke lokasi.

"Ketika tiba 10.05 pagi, api dalam keadaan marak dan memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan, namun ia berjaya dikawal daripada merebak ke rumah bersebelahan 20 minit kemudian.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya 10.50 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika temui di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 12:59 PM