MAYAT warga Myanmar berlumuran darah dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan.
MAYAT warga Myanmar berlumuran darah dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan.

Alor Setar: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya dalam kejadian di sebuah kilang membuat bingkai tingkap di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa, Yaw Ba, 25, maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, pihaknya menerima laporan jam 2.20 pagi oleh orang awam yang memaklumkan terjumpa mayat seorang lelaki Myanmar yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau ditemui berdekatan mayat mangsa.

“Anggota polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang mayat lelaki warga Myanmar telah mati dipercayai akibat dibunuh.

“Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pisau ditemui berdekatan mayat mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:25 AM