Petaling Jaya: Pasangan suami isteri profesor sebuah pusat pengajian tinggi kerugian RM1.4 juta selepas kediaman mereka dipecah masuk sekumpulan penjenayah.

Kejadian itu disedari pada malam Isnin lalu sebaik mereka yang berusia lewat 60-an pulang ke rumah selepas bercuti di luar negara.

Sumber berkata, pasangan itu dikatakan meninggalkan rumah banglo didiami mereka sejak seminggu lalu untuk melancong manakala anak dan menantu mereka juga tidak berada di kediaman itu.

Menurutnya, mangsa terkejut sebaik membuka pintu apabila mendapati barangan di dalam rumahnya berselerak.

“Mereka kemudian mendapati pelbagai barang kemas, wang tunai dan barangan elektronik di kediaman mereka lesap.

“Penjenayah didapati menyelongkar semua bilik selain turut melarikan hampir semua peralatan rumah berharga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 10:33 AM