Kuala Lumpur: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang, Kelantan untuk mangsa banjir sebagai penempatan sementara.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ia termasuk buat keluarga yang terjejas di Kuala Krai, untuk menetap buat sementara waktu sebelum kediaman kekal mereka siap dibina atau dibaiki.

Beliau mengakui segelintir daripada mangsa tidak begitu menyambut baik tawaran itu atas faktor jarak yang jauh ke tempat kerja mahupun kawasan kebun masing-masing.

“Kita faham masalah ini namun untuk membina penempatan sementara juga memakan masa. Justeru unit PPR yang siap dibina ini ditawarkan terlebih dulu kepada mereka, ” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 7:56 AM