KAUM keluarga berdoa pada upacara penyerahan jenazah Hayati Lutfiah Hamid, 39, mangsa kemalangan pesawat QZ8501 di Surabaya.
KAUM keluarga berdoa pada upacara penyerahan jenazah Hayati Lutfiah Hamid, 39, mangsa kemalangan pesawat QZ8501 di Surabaya.

Surabaya: Anak perempuan kepada juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Kapten Iriyanto masih menaruh harapan bapanya itu dapat pulang dengan selamat walaupun tipis.

Angela Ranggi Ranastianis tidak dapat menahan sebak ketika ditemui berkata, dia berharap bapanya itu dapat pulang segera walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Papa cepatlah pulang kami sekeluarga menunggumu.

“Jika papa pulang dalam keadaan selamat, saya sangat bersyukur namun jika sebaliknya saya reda dan menerima ketentuan ini,” katanya.

Menurutnya, dia sudah bersedia menerima apa jua kemungkinan yang berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 6:30 AM