ANAK mangsa ditenangkan oleh anggota keluarga ketika jenazah ibu mereka  tiba, semalam.
ANAK mangsa ditenangkan oleh anggota keluarga ketika jenazah ibu mereka tiba, semalam.

Chukai: Suasana sedih menyelubungi Hospital Kemaman di sini, apabila enam anak Allahyarham Norhayati Sulung, 37, menangis teresak-esak apabila mayat yang ditemui tersangkut pada timbunan sampah di Sungai Kemaman semalam, disahkan sebagai jasad ibu mereka.

Mayat mangsa ditemui jam 4.05 petang kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas satu setengah jam solat hajat dilakukan penduduk kampung dan kenalan mangsa di benteng Sungai Kemaman.

Allahyarham meninggalkan enam anak berusia antara empat bulan hingga 13 tahun.

Lebih memilukan, harapan untuk bapa mereka Suhaimi Awang, 37, hidup juga tipis apabila tiada khabar berita diterima selepas turut dihanyutkan arus sejak tiga hari lalu.

Anak sulung mangsa, Nor Stafiqah Syahira Suhaimi, 13, pelajar Sekolah Menengah Agama Alfalah ketika ditemui bagaimanapun reda dengan kejadian menimpa kedua ibu bapanya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 2:11 PM