NAJIB bersalaman dengan Xi ketika hadir pada  pertemuan dua hala, semalam.
NAJIB bersalaman dengan Xi ketika hadir pada pertemuan dua hala, semalam.

Beijing: Presiden China Xi Jinping yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam, menyifatkan Malaysia sebagai rakan mesra dan boleh diharap.

Xi berkata beliau gembira bertemu semula Najib selepas kunjungan pertamanya ke China Mei lalu.

Beliau berkata Najib mengikuti jejak bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dan lawatannya ke China sempena ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik antara kedua-dua negara, suatu cerita indah dalam sejarah perhubungan kedua-dua negara,” kata Xi.

Xi berkata beliau mengadakan pertemuan dua hala di ‘Great Hall of the People’ sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2014 di sini.

Pada pertemuan itu, Xi berkata ulang tahun ke-40 merupakan kisah menarik dalam sejarah hubungan Malaysia dan China.

Bagi merealisasikan keputusan yang lebih bermakna dalam hubungan dua hala itu, Xi juga menggesa kebijaksanaan dan semangat politik sedia ada ditingkatkan.

Najib pula bersetuju dengan Xi kedua-dua negara perlu menjadikan hubungan baik Malaysia dan China sebagai model hubungan kedua-dua negara.

Sementara itu, dalam pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di tempat yang sama, Najib berkata 2014 tahun bersejarah dan bertuah untuk kedua-dua negara.

Najib berada di sini untuk menghadiri AELM ke-22 Apec, selama dua hari yang bermula semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:15 AM