EMPAT puluh pasangan pengantin bergambar di depan masjid.
EMPAT puluh pasangan pengantin bergambar di depan masjid.
Oleh Iskandar Shah Mohamed


Ampang Jaya : “Walaupun usia baru mencecah 16 tahun, saya sememangnya sudah memperlengkapkan diri untuk berumah tangga dengan diiringi doa dan restu ibu bapa,” kata pengantin baru, Norashidah Nordin yang selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Ahmad Nisham Abdul Wahab, 23.

Pasangan muda itu antara 40 pengantin yang berjaya merealisasikan impian bergelar suami isteri dan diraikan dengan meriah menerusi program Majlis Kahwin Perdana peringkat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor 2014 di Masjid Al-Azim, Pandah Indah di sini, semalam.

Sebelum ini, program itu menjadi viral di Internet terutama di laman sosial sejak beberapa bulan lalu menerusi poster ‘Jom Nikah Free’ sekali gus menjadi topik perbualan dan usikan umum.

Penganjuran majlis bertemakan ‘Meraikan Cinta Belia’ itu bukan hanya terbukti kebenarannya, malah turut memberi ruang dan peluang keemasan terutama kepada golongan muda untuk mendirikan rumah tangga dengan kos lebih murah serta menjimatkan, sekali gus diraikan bersama di masjid terbabit.

Menurut Norashidah yang berasal dari Beranang, Selangor, sesi perkenalan mereka bermula sejak setahun lalu apabila rakan baiknya menjalinkan hubungan cinta dengan adik suaminya itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:13 AM