ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa di lokasi nahas.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa di lokasi nahas.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Seorang penunggang motosikal maut selepas kepalanya digilis sebuah bas dalam kemalangan di Jalan Batu Hampar-Taman Perkota di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa Mohd Yazid Ibrahim, 32, yang menunggang Modenas Kriss dipercayai dalam perjalanan dari arah lampu isyarat persimpangan Batu Hampar menuju Jalan Tun Razak, Lebuh Ayer Keroh.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa cuba menekan brek, tetapi gagal mengelak sebelum terperosok di bawah bas milik sebuah institusi pengajian tinggi dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun dan membawa beberapa penumpang dari arah persimpangan Taman Perkota menuju ke arah lampu isyarat persimpangan Batu Hampar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai menekan brek sebaik melihat bas itu keluar dari simpang berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:18 AM