NORAINI   (tengah), dan YDP PIBG Sk Taman Seri Gombak, Zulkefli Hussin, bergambar bersama pemenang pertandingan pencarian bakat sempena karnival itu.
NORAINI (tengah), dan YDP PIBG Sk Taman Seri Gombak, Zulkefli Hussin, bergambar bersama pemenang pertandingan pencarian bakat sempena karnival itu.

Gombak: Bagi menyokong tanggungjawab sosial syarikat, Bank Simpanan Nasional (BSN) memilih 78 sekolah untuk mengikuti Karnival Sekolah BSN.

Pengarah Negeri Bank Simpanan Cawangan Kuala Lumpur Noraini Mohd Johan berkata, bagi tujuan itu setiap sekolah terpilih menerima tajaan RM10,000.

“Tujuan karnival itu dilaksanakan untuk membantu pihak sekolah meningkatkan dana sekolah melalui jualan amal dan aktiviti.

“BSN akan menaja RM5,000 untuk pihak sekolah menjalankan karnival, manakala RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertandingan bakat dan mewarna yang akan dimasukkan ke dalam akaun BSN pemenang,” katanya.

Noraini berkata demikian pada Karnival Sekolah BSN di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak, di sini, semalam.

Pelbagai acara menarik serta gerai disediakan kepada pelajar dan masyarakat termasuk pertandingan bakat dan mewarna serta kaunter BSN.

Karnival Sekolah BSN dilaksanakan untuk memperkasa tabiat menyimpan dalam kalangan pelajar melalui kelab penyimpanan BSN, Kelab Penabung Muda (KPM) dan pertandingan simpanan pelajar BSN iaitu Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).

“KPM dan SGSP adalah platform terbaik kepada anak-anak menyimpan wang kerana ia bukan saja memberi pulangan dalam bentuk dividen, malah mempunyai keistimewaan seperti insurans dan hadiah pertandingan yang lumayan,” kata Noraini.

Karnival Sekolah BSN 2014 akan berlangsung sehingga 30 November.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 1:52 AM