FENNEC Fox - FOTO Google
FENNEC Fox - FOTO Google
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kucing, ikan, hamster, burung dan arnab antara pilihan haiwan kesayangan yang paling biasa dimiliki pencinta haiwan.

Kehadiran haiwan berkenaan di rumah bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggapnya seperti ahli keluarga.

Haiwan ini juga diibaratkan terapi kepada pemilik apabila menghadapi tekanan menerusi aksi comel peliharaan itu.

Namun ramai tidak mengetahui ada beberapa jenis haiwan lain yang unik dan boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

1. Capybara

Jangka hayat: Lapan hingga 12 tahun

Asal: Amerika Selatan

Fakta menarik: Capybara ialah tikus terbesar di dunia dengan berat boleh mencecah sehingga 64 kilogram (kg).

2. Serval

Jangka hayat: Sehingga 19 tahun

Asal: Afrika Tengah dan Afrika Selatan

Fakta menarik: Serval ialah pemburu yang paling berjaya daripada semua kucing liar lain. Membunuh sekali daripada dua pecubaan menangkap mangsa. Berbanding kucing liar, ia membunuh sekali dalam setiap lima atau enam percubaan menangkap mangsa.

3. Chinchilla

Jangka hayat: 15 hingga 22 tahun

Asal: pergunungan Andes, Amerika Selatan

Fakta menarik: Bulu chinchilla sangat lebat menyukarkan air menembusi kulitnya. Untuk membersihkan diri, chinchilla mandi dengan habuk yang menyerap kotoran dan minyak daripada bulunya.

4. Wallaroo

Jangka hayat: 15 hingga 20 tahun

Asal: Australia

Fakta menarik: Istilah 'wallaroo' ialah gabungan perkataan daripada 'kangaroo' dan 'wallaby'. Fizikal wallaroo tidak sebesar kanggaru tetapi tidak sekecil walabi.

5. Axolotl

Jangka hayat: Sehingga 15 tahun

Asal: Tasik Xochimilco dan Tasik Chalco, Mexico

Fakta menarik: Axolotl sebenarnya adalah salamander yang tidak berjaya bertukar menjadi haiwan darat pada peringkat larva. Sebaliknya mengekalkan insangnya dan kekal dalam air. Haiwan ini boleh menumbuhkan semula sebahagian besar bahagian badannya.

6. Kinkajou

Jangka hayat: 20 hingga 25 tahun

Asal: Amerika Tengah dan Selatan

Fakta menarik: Kinkajous domestik di El Salvador, Guatemala dan Honduras digelar 'micole'.

7. Pacman Frog (Horned Frog)

Jangka hayat: Enam hingga 10 tahun

Asal: Amerika Selatan

Fakta menarik: Katak ini mempunyai mulut besar berbanding spesies katak lain.

8. Degu

Jangka hayat: Enam hingga lapan tahun

Asal: Chile

Fakta menarik: Degus lebih jinak dengan pemiliknya berbanding hamster. Kadang kala memberi gigitan ringan kepada pemiliknya sebagai cara bermanja.

9. Hedgehog

Jangka hayat: Tiga hingga lapan tahun

Asal: Eropah, Asia dan Afrika

Fakta menarik: Mempamerkan tingkah laku menjilat apabila menemui bauan baharu. Kemudian mengeluarkan buih daripada mulut membentuk buih dengan mulut mereka dan meletakkan buih itu pada bulu durinya.

10. Fennec Fox

Jangka hayat: 10 hingga 16 tahun

Asal: Afrika Utara

Fakta menarik: Fennec fox memburu waktu malam dan menggunakan telinga besar untuk mendengar mangsa berada di bawah tanah seperti serangga atau tikus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2023 @ 6:48 AM