realme C51
realme C51
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Pengeluar peranti pintar, realme memperkenalkan peranti baharu mereka daripada generasi realme C51 yang diletakkan dalam peranti kelas permulaan.

  Biarpun ia adalah peranti kelas permulaan, namun realme bijak menggunakan padanan spesifikasinya menerusi cip pemproses Unisoc T612 bersama padanan memori (RAM) 4GB binaan LPDDR4X.

  Peranti ini juga menggunakan konsep 'Dynamic Island' yang digunakan oleh peranti ikonik, iPhone 15 namun menawarkan tanda harga yang lebih mesra poket.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti ini didatangkan dengan saiz skrin 6.7 inci panel IPS LCD HD+ bersama-sama dengan storan 64GB.

  Sedar tentang tabiat pengguna yang berkait rapat dengan kamera serta laman sosial, realme C51 ini menawarkan lensa 50 megapiksel (MP) serta 2MP untuk kamera utama manakala bagi lensa swafoto adalah 8MP.

  Kapasiti bateri untuk peranti ini pula adalah 5,000mAh dengan pengecas USB-C sepantas 33W.

  Realme turut menyertakan sistem biometrik imbasan cap jari di bahagian sisi di samping mengekalkan port bicu audio 3.5mm dan hadir dengan rekaan rata.

  Sistem pengecas dikuasakan dengan SuperVooc 33W dan hanya memerlukan masa 28 minit untuk mengecas daripada kosong peratus hingga kepada 50 peratus tanpa sebarang masalah.

  Peranti ini ditawarkan dalam warna 'Mint Green' dan 'Carbon Black', realme C51 menawarkan pengalaman genggaman yang selesa dengan bezel di sudut kanan dan badan ultra nipis dengan hanya seberat 7.99 mm.

  Realme C51 menawarkan pengalaman menonton yang mengasyikkan dan selesa melalui paparan skrin 6.7 inci 90Hz dengan kecerahan puncak 560 nits. 

  Pengguna juga boleh merasai sendiri 'Mini Kapsul Android' yang pertama pada C51, yang membantu pengguna mengetahui status bateri telefon, penggunaan data dan langkah dikira dengan mudah. 

  Tanda harga untuk peranti ini adalah RM549 dan boleh didapati menerusi plaform jualan kedai rasmi Realme Brand Stores.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 2:08 PM