Muhammad Saufi Hassan

Honor Malaysia memperkenalkan dua peranti baharu mereka termasuk Honor X9a 5G yang dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 695 bersama rekaan skrin lengkung.

Menerusi pengenalan itu, Honor memperlihatkan ketahanan skrin lengkung berkenaan daripada kesan hentakan serta jatuh dengan ujian ketahanan yang dilaksanakan.

Menyentuh aspek spesifikasi, peranti Honor X9a ini dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 8GB dengan 5GB RAM maya bersama storan 256GB.

Saiz skrin pula adalah 6.67 inci dengan paparan OLED Definisi Penuh (FHD) bersama kadar segar semula 120Hz sesuai untuk kepenggunaan pada masa kini.

Menerusi rekaan kamera dinamik simetri di bahagian belakang dengan bentung 'ring', ia menampilkan sensor utama 64 megapiksel (MP) bersama lensa 5MP sudut ultra lebar dan 2MP untuk lensa makro sekali gus menghasilkan imej berkualiti tinggi.

Kefungsian kamera ini juga mampu beroperasi dalam kepelbagai keadaan terutamanya pada waktu malam tanpa sebarang masalah.

Kapasiti bateri pula 6,000 mAh dengan sokongan pengecas pantas 40W dan Honor menyatakan bahawa peranti ini mampu bertahan lebih tiga hari tanpa perlu pengecasan.

Honor bijak melakukan pengukuhan pada skrin lengkung dengan kaca Super Reinforced setebal 0.65 milimeter (mm) yang direka khas untuk telefon pintar berkenaan.

Skrin melengkung OLED 6.67 inci hadir dengan 45 darjah lengkungan sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna termasuk ciri premium terhadap peranti berkenaan.

Pada masa sama, Honor turut melancarkan X7a untuk pasaran tempatan dengan tanda harga RM799 manakala bagi Honor X9a adalah RM1,499.

  

Spesifikasi Honor X9a

• Pemproses: Snapdragon 695

• Kamera: 64MP + 5MP + 2MP

• Bateri: 6,000mAh

• Skrin: 6.67 inci OLED FHD

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 10:59 AM