Siti Nur Qurratul'aina Quddus

BAGI meraikan simbol kasih sayang, jenama telefon pintar terkemuka, HONOR mengadakan  Jualan Hari Valentine HONOR yang menjanjikan tawaran hebat sebagai pengganti jambangan bunga ros dan coklat sebagai hadiah buat yang tercinta bermula 6 hingga 28 Februari ini.

Berikut merupakan tawaran menarik dari HONOR sempena Hari Kekasih.

Image

Cipta memori dengan telefon kamera terbaik

HONOR 70 diberi kepercayaan dan digelar sebagai telefon kamera terbaik dengan harga mampu milik, RM2,000 kerana menawarkan ciri kamera yang berkualiti.

Ia dilengkapi kamera penderiaan super IMX800 yang pertama dalam industri dan mampu menangkap imej dengan jelas, walaupun pada waktu malam dan cahaya latar yang malap.

Tambahan, HONOR 70 mempunyai kamera dwi utama yang terdiri daripada kamera utama penderiaan super 54MP dengan penderiaan IMX800 1/1.49 inci serta kamera Ultra Lebar dan Makro 50MP sesuai untuk mencipta memori dengan insan tersayang.

HONOR 70 ditawarkan pada harga RM1,7999 selepas rebat RM200 berserta sarung telefon percuma.

Image

Skrin lengkung paling dikehendaki

Baru-baru ini, HONOR melancarkan telefon pintar dengan skrin melengkung OLED 6.67 inci ultra kukuh, HONOR X9a 5G.

Bukan sekadar kaca biasa, skrin tersebut menggunakan kaca super reinforced setebal 0.65 milimeter untuk hasil yang lebih tahan jatuh.

Bagi melindungi mata serta memberikan pengalaman menonton yang menyeronokkan, HONOR X9a 5G turut menawarkan pemalapan 1920 Hz PWM dan pensijilan cahaya biru rendah TUV Rheinland.

Tambahan, rupa telefon bimbit baharu yang dilancarkan ini juga adalah premium dan estetik sesuai untuk pelbagai generasi.

HONOR X9a tersedia pada harga RM1,499 bagi versi 13GB (8GB+5GB) + 256GB, termasuk hadiah percuma fon telinga pembatalan ultra hingar, HONOR CHOICE Earbuds X3.

Image

Bekerja lebih pintar untuk sambungan segera

Dapatkan juga siri HONOR MagicBook sebagai tanda penghargaan buat yang tercinta. Komputer riba HONOR MagicBook bukan sahaja ringan dan mudah dibawa ke mana-mana malah ia juga hadir dengan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 65W untuk perhubungan sepanjang hari.

Sepanjang tempoh penggunaan yang lama, pensijilan cahaya biru rendah TUV Rheinland dan TUV Rheinland Flicker Free mampu mengurangkan keletihan mata pasangan dengan memberikan pengalaman kerja dan hiburan lebih baik.

Dengan fungsi HONOR MagicLink, pengguna boleh mengakses fail dalam telefon pintar melalui pemindahan dan pengurusan fail dengan mudah menerusi HONOR MagicBook.

Sempena  Jualan Hari Valentine HONOR harga yang ditawarkan untuk HONOR MagicBook X 15 i3 versi 8GB RAM + 256GB ROM SSD berharga RM2,199, manakala untuk versi i5 8GB RAM + 512GB ROM SSD pada harga RM2,699.

Sementara itu, HONOR MagicBook X 14 pula boleh dilmiliki pada harga RM2,299 untuk versi i3 8GB RAM + 512GB ROM SSD.

Layari laman sesawang HONOR untuk mengetahui maklumat lanjut tentang promosi dan produk baharu HONOR.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2023 @ 4:25 PM