GOOGLE. FOTO Reuters
GOOGLE. FOTO Reuters
Muhammad Saufi Hassan

Enjin carian Google sememangnya paling popular dalam masyarakat pada hari ini malah ia adalah carian utama untuk pengguna.

Enjin carian berkenaan begitu sinonim sehinggakan wujud istilah 'Google saja' yang membawa maksud cari saja di Internet.

Berikut adalah lima carian paling popular di Google sepanjang Ogos lalu.

Man United vs Brighton / Brentford vs Man United

Carian menggunakan kata kunci berkenaan menduduki tempat pertama sepanjang Ogos lalu mana tidaknya, pasukan gergasi berkenaan bermula dengan begitu hambar apabila dibelasah Brentford 4-0 pada perlawanan awal musim.

The Sandman

Ini adalah filem dalam platform penstriman Netflix hasil adaptasi komik daripada Neil Gaiman yang membawa kepada penceritaan fiksyen.

Love Between Fairy and Devil

Siaran adaptasi televisyen ini adalah berasaskan kepada novel Jiu Lu Fei Xiang yang turut menerima carian paling tinggi sepanjang bulan lalu

Johor Darul Ta'zim FC vs Urawa Red Diamonds

Peminat arena bola sepak tempatan pastinya akan melihat ringkasan perlawanan ini antara dua pasukan tersohor berkenaan sehingga merekodkan carian keempat paling tinggi

Keluarga Malaysia Teguh Bersama / Baju Merdeka / Lagu Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan sepanjang Ogos lalu, tema 'Keluarga Malaysia teguh bersama' mendapat tempat kelima carian paling popular dan ini adalah sambutan kemerdekaan fizikal pertama selepas pandemik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2022 @ 2:41 PM