PERKAKAS permainan merangkumi segenap aspek bermula daripada perkakas luaran.
PERKAKAS permainan merangkumi segenap aspek bermula daripada perkakas luaran.
SEMAKIN berkembang pesat sehingga mewujudkan satu karier alaf baharu. - FOTO Google
SEMAKIN berkembang pesat sehingga mewujudkan satu karier alaf baharu. - FOTO Google
Muhammad Saufi Hassan


KEMAJUAN arus teknologi pada hari ini sudah membuka kepelbagaian bidang baharu sama ada untuk sektor pekerjaan sehingga kepada penggunaan teknologi baharu dalam industri semasa.

Tidak terkecuali adalah perkembangan industri pembangunan permainan yang semakin berkembang pesat sehingga mewujudkan satu karier alaf baharu iaitu sebagai 'streamer' yang sebelum ini tidak wujud dalam mana-mana platform.

Untuk industri permainan ini, ia terdiri daripada beberapa segmen seperti permainan menggunakan platform konsul dan platform komputer sama ada menggunakan desktop kelas prestasi ataupun laptop.

Pasca pandemik Covid-19 ini juga banyak mengubah landskap pekerjaan dan pada hari ini, semua individu yang mempunyai pekerjaan terkait dengan bidang perkomputeran, sintesis serta penyuntingan boleh melakukan tugasan di mana saja asalkan mempunyai laptop berkuasa.

Salah satu jenama yang semakin mengukuh untuk segmen industri permainan ini adalah MSI khususnya bagi pengeluaran sebarang perkakas serta laptop berkuasa memenuhi keperluan pengguna hari ini.

Berkongsi hala tuju baharu berkenaan, Pengarah Bahagian Pemasaran dan Penjualan MSI, Ng Kah Soon berkata, sebagai jenama utama dalam segmen sukan elektronik (e-Sukan), ia sudah menjadi objektif MSI untuk meneruskan kecemerlangan dalam penghasilan produk berkualiti tinggi.

"Jika kita lihat dalam perspektif dunia permainan atau 'gaming industry' ini, seramai tiga bilion individu aktif dalam segmen ini bersama-sama menghasilkan saiz pasaran kira-kira RM1.3 trilion (USD300 bilion).

"Industri permainan ini akan terus berkembang dalam beberapa tahun lagi dengan anggaran pengembangan secara berkala adalah 10 hingga 20 peratus.

OBJEKTIF MSI untuk meneruskan kecemerlangan dalam penghasilan produk berkualiti tinggi. - FOTO Google
OBJEKTIF MSI untuk meneruskan kecemerlangan dalam penghasilan produk berkualiti tinggi. - FOTO Google

OBJEKTIF MSI untuk meneruskan kecemerlangan dalam penghasilan produk berkualiti tinggi. - FOTO Google
OBJEKTIF MSI untuk meneruskan kecemerlangan dalam penghasilan produk berkualiti tinggi. - FOTO Google

"Kita juga dalam melihat senario dalam pembikinan permainan apabila penerbit permainan akan melancarkan pelbagai judul, genre dan konsep permainan secara berkala dan ini menjadi titik tolak pengembangan industri ini dengan begitu positif," katanya ketika ditemu bual #ITMetro, baru-baru ini.

Kah Soon berkata, ia juga sejajar dengan langkah serta komitmen kerajaan yang semakin memberi fokus kepada perkembangan e-Sukan ini secara domestik dan keperluan serta keupayaan perkakas untuk pemain adalah sangat penting.

Beliau berkata, perkakas permainan ini merangkumi segenap aspek bermula daripada perkakas luaran seperti papan kekunci, tetikus, skrin paparan sehingga kepada keupayaan kad grafik memberi kesan langsung kepada mutu permainan.

"MSI sebagai jenama utama dalam segmen permainan ini akan meneruskan komitmen untuk menghasilkan setiap produk atau perkakas dengan tahap kualiti paling tinggi yang berada di pasaran khusus untuk memenuhi keperluan pengguna.

"Dalam tempoh 10 tahun akan datang, segmen permainan ini akan menjadi salah satu penyumbang ekonomi di sesebuah negara dan MSI meneruskan kaedah pembangunan serta penyelidikan (R&D) untuk sebarang teknologi baharu.

"Kami juga akan meneruskan pelaburan sumber kepada pembangun industri serta produk berasaskan perniagaan untuk memenuhi keperluan semasa," katanya.

Menyentuh aspek industri permainan, beliau menyatakan bahawa sesiapa saja boleh 'terjun' dalam bidang berkenaan yang memberi potensi masa depan yang baik.

"Dulu ia mungkin sekadar hobi untuk menghilangkan stres dan sebagainya, namun ia sudah menjadi salah satu karier baharu yang menjamin masa depan termasuk penawaran pendapatan lumayan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2022 @ 7:00 AM