APPLE Watch 5 menampilkan ciri khusus untuk panggilan kecemasan termasuk rekaan yang moden sesuai semua golongan pengguna.
APPLE Watch 5 menampilkan ciri khusus untuk panggilan kecemasan termasuk rekaan yang moden sesuai semua golongan pengguna.
Muhammad Saufi Hassan


MAHU jam pintar yang mampu memantau aktiviti harian, namun tidak mengabaikan aspek fesyen terkini?

Itu antara pilihan utama bagi pengguna hari ini kerana dua faktor berkenaan sama pentingnya terutama fesyen.

Kebanyakan jam pintar mempunyai ciri ‘sporty’ dan ada kalanya tidak sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau set jam pintar itu tidak padan dengan pemakaian seseorang untuk majlis tertentu.

Bagaimanapun, pilihan yang bijak untuk dua faktor berkenaan adalah memilih jam pintar keluaran Apple iaitu Apple Watch Siri 5 atau Apple Watch 5 yang bukan saja berkemampuan memantau aktiviti harian dan bersukan sebaliknya tidak mengabaikan aspek fesyen.

Pengguna yang mahu kelihatan ‘trendy’ boleh memilih set Apple Watch 5 keluaran Nike dengan pemuka berukuran 44mm sesuai untuk semua pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita.

Menyentuh aspek teknikal jam pintar itu, ia didatangkan dengan kompas terbina, paparan retina selain kefungsian antarabangsa untuk kecemasan iaitu ‘Panggilan Kecemasan Antarabangsa’.

Ini bermaksud, jika anda menghadapi sebarang kesulitan walaupun berada di negara luar, jam berkenaan mampu melakukan panggilan kepada unit kecemasan sesebuah negara berkenaan.

TAK abai aspek fesyen terkini sesuai dipakai untuk majlis rasmi.
TAK abai aspek fesyen terkini sesuai dipakai untuk majlis rasmi.

Contoh, di negara ini, nombor kecemasan adalah 999 dan jika pengguna menghadapi masalah atau kemalangan, jam pintar berkenaan menerusi arahan mudah akan melakukan panggilan kepada nombor itu.

Panggilan kecemasan itu akan menghubungi talian kecemasan secara automatik apabila jam pintar keluaran Apple ini menjejaki sebarang kelakuan tidak normal pemakainya.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Apple Watch 5 didatangkan dalam dua varian pemuka iaitu 40mm serta 44mm berdasarkan kesesuaian pengguna.

Jam berkenaan menggunakan cip S5 dengan pemproses dua teras 64bit serta mempunyai keupayaan ketahanan bateri lebih daripada 18 jam.

Apple Watch 5 juga didatangkan dengan varian jenama produk sukan terkenal iaitu Nike sesuai untuk fesyen terkini dan kelihatan lebih moden dengan pemilihan pelbagai tali.

Penulis juga tidak menghadapi sebarang masalah jika ingin menukar tali jam pintar berkenaan dengan hanya menyentuh satu butang di bahagian bawah pemuka, tali jam boleh ditukar mengikut cita rasa tersendiri.

Lebih menarik apabila Apple Watch 5 ini menyokong pelbagai sukan seperti larian, berbasikal dan renang secara automatik.

Bagi Apple Watch 5 dengan pemuka 40mm, ia dijual pada harga RM1,749 manakala pemuka 44mm berharga RM1,899.

Ia juga mempunyai dua varian iaitu set jam pintar GPS dan set jam GPS serta selular.

Spesifikasi

Pemuka: 40mm/44mm

Pemproses: S564Bit

Bateri: Ketahanan lebih 18 jam

Paparan: Paparan Retina

Penilaian penulis

Rekaan: 4.5/5

Bateri: 4/5

Kefungsian: 5/5

Harga: 4/5

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 8:55 AM