SAMSUNG Galaxy M20.
SAMSUNG Galaxy M20.
Muhammad Saufi Hassan

SAMSUNG melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Galaxy M dengan kod nama M20, sekali gus memberi saingan kepada beberapa jenama lain dalam kelas mampu milik.

Peranti itu ditawarkan pada harga RM799 selain menggunakan pemproses Exynos 7904 dan disokong memori 4GB dengan jumlah storan 64GB.

Galaxy M20 itu menggunakan Galaxy M20 itu menggunakan skrin paparan 6.3 inci serta dilengkapi kamera utama dua lensa 13 megapixel (MP) dan 5MP sokongan.

Peranti ini juga didatangkan dengan pengimbas cap jari yang diletak

di belakang peranti berkenaan dan turut menggunakan jenis pengecas USB-C serta sokongan kepada kad memori MikroSD.

Kapasiti bateri yang dibekalkan adalah 5,000 mAh dan ia mampu untuk kekal bertahan sepanjang hari walaupun menggunakan peranti itu secara optimum.

Kemasukan siri terbaru telefon pintar keluaran Samsung yang menawarkan harga kompetitif memberi saingan kepada jenama lain, sekali gus memberi petanda bahawa syarikat itu akan menawarkan lebih banyak peranti mampu milik.

Sebelum ini, Samsung dikenali dengan pengeluaran telefon pintar berkelas premium dan kini tampil untuk mengubah persepsi berkenaan.

SPESIFIKASI

• Pemproses: Exynos 7904

• RAM: 4GB

• Storan: 64GB

• Bateri: 5,000mAh

• Harga: RM799

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 1:20 PM