KUALA LUMPUR 19 MAC 2019. ASUS Zenbook 13 berwana merah.NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 19 MAC 2019. ASUS Zenbook 13 berwana merah.NSTP/EMAIL
Muhammad Saufi Hassan


ASUS menerusi siri laptop ZenBook memperkenalkan generasi baru produk itu dengan penawaran spesifikasi empat penjuru tanpa bingkai dan dikuasakan pemproses Intel Core i5 serta i7 mengikut variasi.

Zenbook 13 menawarkan dua varian berbeza iaitu pemproses Intel Core i5 dan Intel Core i7 generasi kelapan dengan harga masing-masing RM4,499 dan RM4,999.

Rekaan baru itu lebih kompak dan mempunyai imbasan muka untuk meningkatkan tahap keselamatan laptop berkenaan.

Laptop ini turut menawarkan 8GB memori dan storan PCIE SSD untuk memberi lebih kepantasan ketika memulakan sistem operasi.

Berat bagi ASUS Zenbook 13 ini bula hanya 1.19 kilogram dan ia adalah laptop mempunyai ukuran ketahanan ketenteraan.

Zenbook 13

• Pemproses: Intel Core i5 / i7 Generasi kelapan

RAM: 8GB

• Storan: 512GB PCIe SSD GEN2 x2 SSD

• Kad grafik: Nvidia Geforce MX150 2GB GDDR5 VRAM

• Sistem Operasi: Window 10 Home

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 2:30 PM