Afiq Hanif

Bagi yang mahu bermain game Fortnite, anda mungkin boleh berbuat demikian sekiranya membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note9.

Namun anda perlu faham, ia bukan diperoleh secara langsung daripada Google Play tapi berdasarkan pelancar aplikasi Samsung yang akan membawa anda ke pelayar untuk pindah turun game terbabit.

Satu lagi pilihan termasuk laman web epicgames.com/fortnite yang turut menyenaraikan telefon pintar yang mesra game ini.

Fortnite dijangka menunjukkan taringnya di pasaran telefon pintar membawakan mod Battle Royale daripada PC secara terus ke iOS. Ia boleh dikatakan pengalaman Battle Royale yang tidak mengecewakan.

Ia mempunyai peta yang sama, kandungan sama, ‘unlockables’, sesi permainan dan kemas kini mingguan.

Konsepnya mudah difahami, anda bersaing bersama 99 lagi pemain lain di seluruh dunia di pulau terpencil. Bagi meneruskan hidup, anda perlu mencari senjata dan kelengkapan yang terdapat dalam bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:13 PM