MUDAH bawa Huawei Nova 3e ketika balik kampung.
MUDAH bawa Huawei Nova 3e ketika balik kampung.
MUDAH bawa Huawei Nova 3e ketika balik kampung.
MUDAH bawa Huawei Nova 3e ketika balik kampung.
Afiq Hanif


Sekali imbas, gambar yang dipindah naik di laman sosial seperti diambil menggunakan kamera digital lensa tunggal reflex (DSLR).

Ia berikutan hasil gambar berkenaan nampak ‘hidup’ dan tidak keterlaluan jika dikatakan setanding karya jurugambar profesional.

Namun hakikatnya, penulis hanya menggunakan teknik asas dan fon kamera melalui telefon pintar saja dalam Huawei Nova 3e, telefon peringkat pertengahan yang menghasilkan gambar hidup hasil proses warna pada visual yang cantik.

Apatah lagi, penulis tidak pernah mengikuti kelas tertentu, sebaliknya mempelajari sendiri teknik mengambil dan menyunting gambar yang semuanya boleh dilakukan melalui Huawei Nova 3e.

Boleh dikatakan keputusan itu dibuat kerana minat untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencari kepuasan berkarya dengan menggunakan telefon pintar.

Sejak kehadiran pelbagai model telefon pintar di pasaran, landskap fotografi juga berubah dari semasa ke semasa.

Lihat saja paparan imej yang ditonjolkan menerusi pelbagai platform media sosial, hasilnya cukup mengagumkan.

Kini perspektif fotografi tidak lagi terarah untuk membawa sebuah kamera bersaiz besar terutama jika anda mahu mengembara atau seperti pengalaman penulis, pulang ke kampung ketika musim perayaan baru-baru ini.

Tiada lagi rungutan pengembara kerana perlu memikul beban tambahan hingga mengganggu emosi ketika bercuti.

Adanya era baru dalam fotografi dikenali sebagai fotografi mudah alih yang bukan saja mampu menampilkan kreativiti penghasilan imej, malah ia antara senario baru dalam pengembaraan.

Penulis membiasakan diri dengan Huawei Nova 3e yang mudah dipelajari, memandangkan peranti pintar mudah alih ini mampu menggantikan fungsi kamera biasa terutama DSLR.

Hasilnya tidak perlu dipertikaikan kerana menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook juga boleh dilihat pemilik akaun aktif merakam imej ketika mengembara tentunya mempunyai pengikut yang ramai.

Sengaja penulis memilih fon peringkat pertengahan kerana mahu menunjukkan bagusnya hasil walaupun ia bukan telefon mahal.

Mengambil contoh Huawei Nova 3e ini, penulis mendapati ia bukan saja datang dengan kamera depan 24 megapiksel tapi foto dan videonya lebih ‘sharp’ walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Bagi fungsi swafoto depan, Huawei Nova 3e ini mempunyai teknologi Light Fusion yang menggabungkan empat piksel kepada satu dalam persekitaran cahaya yang rendah bermakna ia tiga kali lebih besar mengesan cahaya.

Nova 3e mempunyai flash LCD yang sesuai untuk 11 suhu warna untuk keadaan pencahayaan pada pesekitaran dan ia akan ditetapkan secara automatik ketika merakam swafoto dengan pintar.

Dalam zaman moden dan menyeronokkan ini, fungsi tambahan seperti lensa AR banyak membantu untuk menambah kreativiti seperti menampal animasi bintang yang comel pada wajah anda.

Manakala mod swafoto dengan fungsi baru Face Beauty 4.0 datang dengan 10 tahap yang mengesan setiap bahagian wajah sekali gus kemungkinan besar wajah ‘flawless’ bersinar boleh dirakam.

Ia membunag jerawat dan kusut pada wajah dengan menggantikannya pada kulit asli bertekstur yang sempurna.

Huawei Nova 3e mempunyai rekaan yang cantik dengan panel gelas berbentuk 2.5D di belakang sama dengan yang ada pada P20 atau P20 Pro yang flagship.

Prestasi Huawei Nova 3i berdasarkan Kirin 659 dengan octa core, 4x A53 2.36GHZ + 4x A53 1.7GHz.

Selain itu, ia mempunyai RAM 4GB, ROM 128GB.

Untuk telefon peringkat pertengahan, kapasiti 128GB sangat berbaloi pada harganya.

Huawei Nova 3e mempunyai skrin 5.84 inci Full HD 1080 x 2160 dan datang dengan pengimbas wajah untuk nyahkunci skrin pantas.

Teknologi terbabit mampu menyediakan algoritma mengesan 1,000 poin wajah.

Harga Huawei Nova 3e ini memang agak murah iaitu hanya RM1,320 untuk spesifikasi yang baik.

Katanya, Huawei bakal memperkenalkan warna merah jambu yang sesuai untuk feminin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 2:02 PM