ANTING-anting istimewa sesuai untuk anda digayakan.
ANTING-anting istimewa sesuai untuk anda digayakan.
Hafiz Ithnin

POH Kong kembali dengan barangan kemas yang unggul memikat menerusi Koleksi Anggun yang dihasilkan daripada emas kuning 916/22K.

Bersedialah untuk pelbagai pilihan rekaan barang kemas yang dicipta dengan kehalusan seni pertukangan dan corak rekaan menjanjikan keindahan, keharmonian serta kesempurnaan tiada tandingan.

Gandingan loket, rantai tangan dan anting-anting serba menawan ini memancarkan keindahan dan kehebatan seni rekaan.

Bunga raya gah bergaya!

Loket yang cantik ini memperlihatkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan bunga yang berkembang mekar. Pasti menyerlahkan penampilan si pemakai dan layak disimpan untuk kenangan sepanjang zaman.

Kilauan gelang bertatah permata berwarna ini pasti akan menambah sentuhan keindahan dan keceriaan setiap hari anda, baik siang ataupun malam.

Koleksi hiasan diri tidak lapuk ditelan zaman ini merangkumi rantai leher, anting-anting, rantai tangan dan cincin. Perhiasan berbentuk hati yang indah dengan motif pancaran matahari ini menetapkan semula tanda aras keindahan seni rekaan.

Pasangan rantai leher dan rantai tangan anggun diserikan loket corak sinar matahari pasti menyerlahkan gaya.

Anda boleh mengukir nama dengan laser untuk menjadikannya eksklusif milik anda dengan pelbagai gaya dan saiz huruf untuk pilihan.

ANTARA koleksi Anggun yang menepati cita rasa semua.
ANTARA koleksi Anggun yang menepati cita rasa semua.

Si comel yang pandai bergaya pasti tertawan dengan koleksi lengkap rantai leher, cincin, anting-anting dan rantai tangan berbentuk hati ini.

Loket istimewa ini menyatukan dua hati secara harmoni. Hati lebih besar bermotifkan limpahan sinar matahari yang dijadikan tema, diapit hati kecil.

Setiap pilihan barang kemas anggun adalah hasil sentuhan dan kehalusan seni pertukangan, keanggunan dan inovasi yang tiada bandingan.

Setiap perincian diberi perhatian, termasuk kancing berbentuk hati dan semua rantai tangan dan rantai leher terbaharu.

Ia boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.

Jadilah ahli Jeweland dan kumpul mata berharga! Sungguh mudah! Hanya muat turun aplikasi Poh Kong Jeweland dan usaha anda untuk mendapatkan mata terus bermula!

Anda berpeluang untuk menebus baucar tunai bernilai sehingga RM500 dengan mata lebih rendah.

Sebagai ahli Jeweland, anda layak menyertai Putar dan Menang Jeweland (dua roda) eksklusif yang menawarkan 4,500 hadiah untuk rebutan dan peluang memenangi hadiah utama bernilai RM100,000. Tawaran ini adalah untuk tempoh terhad sahaja.

RANTAI dan loket tampil dengan rekaan unik.
RANTAI dan loket tampil dengan rekaan unik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 April 2021 @ 6:31 AM