SOLEKAN segar untuk gaya remaja. FOTO Aziah Azmee
SOLEKAN segar untuk gaya remaja. FOTO Aziah Azmee
Siti Zarinah Sahib

IBARAT sekeping kanvas lengkap berwarna, menghasilkan solekan yang indah dan menawan juga perlu kena dengan teknik serta permainan warna. Ia bukan sekadar sapuan sebaliknya gabungan teknik, idea dan mahir dalam menentukan rona terutama bedak asas serta pembayang mata menjadi keutamaan.

Apatah lagi sekiranya warna kulit yang dilayangkan bukan jenis cerah atau kuning langsat sebaliknya hitam manis atau sawo matang perlu diberikan lebih perhatian.

Menjelaskan lebih lanjut menurut jurusolek profesional Aidawati Abd Hamid, bagi menampakkan sapuan lebih menyerlah pemilihan warna bedak asas adalah sangat penting. Ini kerana ia dianggap permulaan atau asas bagi menjadikan sapuan seterusnya kekal sekata dan menawan.

“Bagi wanita berkulit sawo matang saya sering sarankan mereka supaya memilih bedak asas seakan warna kulit atau sedikit gelap. Sapu bermula pada dahi, kedua-dua pipi, dagu sehingga bahagian leher. Kemudian litupi dengan bedak kompak dan debu bagi menyamaratakan warnanya,” katanya.

1. SAPU bedak asas menggunakan berus kemudian ratakan di seluruh wajah bermula di bahagian dahi, pipi, dagu dan leher. FOTO Aziah Azmee
1. SAPU bedak asas menggunakan berus kemudian ratakan di seluruh wajah bermula di bahagian dahi, pipi, dagu dan leher. FOTO Aziah Azmee

Bagi mengelak kulit berminyak atau terdedah pada tompokan yang kurang menyerlah, pilih bedak asas jenis cecair kerana lebih mudah disapu. Ratakan ke seluruh wajah dan biarkan supaya ia meresap sehingga serasi kulit.

Selain bedak asas perkara lebih utama yang akan menentukan keseluruhan tema atau konsep yang diinginkan adalah warna pembayang mata.


Berpengalaman menyolek ramai wanita dengan tona kulit berbeza, jelas Aidawati kesalahan dalam menentukan pembayang mata mengakibatkan keseluruhan solekan menjadi kurang sempurna.

Terutama remaja atau wanita muda warna memainkan peranan penting bagi mengelak sisi tampak lebih berusia.

2. PILIH tiga warna pembayang mata, gabungkan kemudian ratakan di bahagian kelopak mata. Biarkan warna ini serasi. FOTO Aziah Azmee
2. PILIH tiga warna pembayang mata, gabungkan kemudian ratakan di bahagian kelopak mata. Biarkan warna ini serasi. FOTO Aziah Azmee

“Siapa yang mahu nampak lebih tua berbanding usia sebenar. Ia jelas bertentangan dengan tujuan solekan iaitu ingin menjadikan penampilan lebih ceria dan manis.

“Saya menggunakan coklat, merah jambu keemasan dan sedikit kuning gelap. Gabungan ketiga-tiga warna ini akan memberikan kesan segar kepada si pemakai, sekali gus menampakkan gaya lebih menawan,” katanya.

3. AMBIL celak kemudian oles pada bahagian alis. Pastikan lakaran tidak tebal sehingga menampakkan garisannya. FOTO Aziah Azmee
3. AMBIL celak kemudian oles pada bahagian alis. Pastikan lakaran tidak tebal sehingga menampakkan garisannya. FOTO Aziah Azmee

Natasha turut mengenakan pemerah pipi merah jambu yang dilayangkan pada bahagian atas tulang pipi. Ia meninggalkan kesan yang diinginkan dan sesuai untuk sebarang acara pada Ramadan ini.

Mengakhiri penampilan yang begitu meyakinkan, Aidawati mengenakan tona merah yang tidak keterlaluan untuk bibir. Ia menampakkan kesan serlahan sempurna apatah lagi sekiranya digayakan untuk acara berbuka puasa.

4. MASKARA menjadikan bulu mata lebih tebal, panjang dan hitam. FOTO Aziah Azmee
4. MASKARA menjadikan bulu mata lebih tebal, panjang dan hitam. FOTO Aziah Azmee

“Namun saya sering nasihatkan wanita supaya tidak takut memakai gincu rona merah terang sekiranya menghadiri acara malam kerana ia menampakkan anda lebih glamor dan anggun,” katanya.

Pilih pakaian sopan, namun cuba berikan ikatan turban atau serban untuk mereka yang ingin tampil aktif dengan gaya tersendiri. Ia juga dapat mengelak rasa bosan apabila anda sering mengenakan ikatan selendang yang sama.

5. PEMERAH pipi menjadikan wajah lebih segar. FOTO Aziah Azmee
5. PEMERAH pipi menjadikan wajah lebih segar. FOTO Aziah Azmee

“Sekali-sekala tidak salah berpenampilan berbeza daripada biasa. Asalkan solekan dan penampilan sesuai dengan acara yang akan dihadiri,” katanya yang menasihatkan wanita supaya tidak cuba ‘beraksi’ dengan gaya terlalu menonjol semata-mata untuk menarik perhatian terutama pada bulan mulia ini.

6. AKHIRI dengan gincu merah pulasan dan lapisi dengan pengilat bibir. FOTO Aziah Azmee
6. AKHIRI dengan gincu merah pulasan dan lapisi dengan pengilat bibir. FOTO Aziah Azmee

Bedak asas tahan lama

1. Kenali jenis kulit supaya anda tahu jenis bedak asas yang sesuai dipakai. Jika anda memiliki kulit berminyak pilih bedak asas diformulasikan untuk kulit berminyak, begitu juga jika anda berkulit kering pilih yang diperbuat untuk mereka berkulit kering.

2. Ada menganggap bedak asas perlu disapu tebal, bagi menutupi parut jerawat dan jeragat. Sebenarnya semakin tebal bedak asas lebih tinggi risiko untuk solekan anda pecah dan bercapuk. Gunakan penutup cela bagi menutupi parut dan masalah yang tidak diinginkan. Sapuan nipis tampak lebih semula jadi dan menjimatkan.

3. Sama ada menggunakan berus kuas besar, span atau jari ia tidak menjadi masalah. Apa yang penting teknik aplikasi solekan supaya bedak asas tidak pecah atau menampakkan garis halus pada kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 1:15 PM