ANTARA peserta yang menyertai tarian sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 dengan tarian Bollywood.
ANTARA peserta yang menyertai tarian sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 dengan tarian Bollywood.

Menari boleh memanjangkan kesihatan buah pinggang? Ya. Menari adalah satu bentuk senaman yang baik kerana ia menggerakkan keseluruhan anggota badan dengan cara menyeronokkan.

Tidak hairanlah jika Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) menganjurkan hari terbukanya sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 dengan tarian Bollywood selama sejam di bawah kelolaan Master Tarian Bhangra, Kirenjit Singh.

Ia bagi menyemarakkan lagi kempen penjagaan buah pinggang dengan tema ‘Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua Di Mana Sahaja’.

Pada masa sama, NKF turut mengadakan saringan kesihatan percuma bagi mengukur tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah serta kaunseling secara percuma kepada penduduk.

Penyakit buah pinggang kronik adalah penyakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal dan ia dialami oleh sembilan dalam setiap 100 penduduk Malaysia. Kini negara kita mempunyai lebih 50,000 pesakit yang perlu menjalani dialisis dengan 7,000 pesakit baru setiap tahun.

Sehingga Disember 2018, seramai 20,665 pesakit masih menunggu giliran untuk menjalani pembedahan transplan buah pinggang.

Sempena ulang tahun ke-50 tahun ini, NKF juga akan mengadakan Larian Bercahaya pada 20 Julai akan datang di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Untuk ketera­ngan lanjut boleh lawati http://www.nkf.org.my

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 5:30 AM