HIDANGAN lazat daripada Kimball untuk rumah terbuka.
HIDANGAN lazat daripada Kimball untuk rumah terbuka.
Siti Zarinah Sahib

Menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal. Pastinya setiap hujung minggu ada saja jemputan rumah terbuka daripada sanak-saudara mahupun sahabat handai, yang memberi peluang tetamu bertanya khabar selepas lama tidak berjumpa sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim.

Namun, dalam kegirangan menyambut raya, ramai mungkin tergoda untuk berbelanja melebihi pendapatan secara tidak sengaja. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), adalah lebih berkesan berbelanja tanpa melebihi bajet dengan membezakan keperluan dan kehendak.

Untuk itu, perancangan dan persediaan awal boleh membantu dalam pengurusan perbelanjaan lebaran. Antaranya dengan menyenaraikan keperluan penting yang perlu dibeli selain membuat perbandingan harga barangan atau servis untuk mendapatkan promosi dan nilai terbaik mengikut lingkungan bajet keluarga.

Anda sekeluarga masih boleh mengadakan rumah terbuka dengan hanya mengeluarkan perbelanjaan sederhana, mengikut kemampuan. Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, Kimball memperkenalkan resipi raya mudah dan lazat membolehkan anda mengadakan jamuan rumah terbuka dengan perbelanjaan di bawah RM100.

Menerusi menu raya Kimball, anda boleh menghidangkan pelbagai sajian lazat untuk lapan hingga 10 orang dengan hanya RM100. Sate kepak ayam Kimball boleh disediakan dalam ketuhar bersama kuah kacang daging istimewa Kimball dihidangkan dengan nasi himpit. Selain itu, anda boleh memadankan nasi tomato kacang kuda Kimball dengan kurma ayam dan sayur Kimball penuh perisa, dan nikmati kemanisan kek kurma Kimball menggunakan ramuan rahsia iaitu Sos Mayonis Kimball agar kek kekal lembap walaupun dibakar malam sebelumnya.

Menurut Pengurus Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd Tania Lee, Kimball membawakan semula resipi bijak yang mudah dan lazat ini atas sambutan yang menggalakkan daripada pengguna setia Kimball tahun lalu.

“Tahun lalu, kami menerima sambutan menggalakkan terhadap resipi Sajian Bijak Raya Kimball daripada pengguna setia Kimball. Oleh itu, tahun ini, kami meneruskan kerjasama dengan cef untuk mencipta resipi baharu menggunakan Sos Cili Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia. Selain itu juga, pengguna Kimball tidak perlu risau sebab resipi baharu ini boleh dimasak tanpa memerlukan bajet yang tinggi,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai resipi Raya Kimball mudah dan lazat di bawah RM100 layari laman sesawang www.kimball.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 12:41 PM