MODEL menggayakan Uniqlo AIRism Printed Stole.
MODEL menggayakan Uniqlo AIRism Printed Stole.
HM Digital

Mengetengahkan komit­men syarikat untuk Seni & Budaya, Uniqlo dengan bangga mengumumkan pemilihan jenama fesyen­nya oleh Muzium Seni Moden bagi mengetengahkan Item: Adakah Fesyen Moden?

Pameran buat julung kali itu bermula 1 Oktober lalu dan menampilkan 111 pakaian serta aksesori berpengaruh yang mempunyai kesan mendalam di dunia sejak abad lalu.

Item yang dipilih termasuk Hana Tajima untuk UNIQLO AIRism Printed Stole dan Hana Tajima untuk UNIQLO AIRism Inner Hijab.

Kedua-duanya dipilih untuk seksyen bertemakan kesopanan. Ia kemudian diketengah bagi pameran bertajuk Emancipation (emansipasi), Modesty (rendah hati) dan Rebellion (pemberontakan).

AIRism diketengah sebagi item hijab berikutan mempunyai tekstur unik, halus, selesa serta memiliki ciri penyejukan kepada pemakainya.

Kerjasama antara Uniqlo dengan Hana Tajima bermula sejak jenama itu memperkenalkan koleksi musim luruh dan sejuk 2015 di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Berikutan kejayaan yang dilakar, koleksi itu kemudiannya muncul pada musim bunga dan panas 2016 di Amerika Syarikat, United Kingdom, Filipina dan kini di 15 negara.

Ia sekali gus membuktikan komitmen Uniqlo dalam menawarkan pilihan pakaian melengkapi gaya hidup dan budaya global.

Koleksi itu juga membantu ramai wanita mencari pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat dan versatil tanpa mengira latar belakang, usia, bangsa mahupun kepercayaan agama.

Menurut Pengarah Kreatif Global, Jenama dan Projek Khas Uniqlo Shu Hung, Hana adalah pilihan rakan kongsi yang tahu mengenai kehendak pengikut fesyen semasa.

“Dengan Hana, kami mencapai koleksi tersendiri yang menggabungkan kreativiti dengan komitmen sehingga terhasilnya produk berkualiti tinggi yang memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 3:56 AM