Youtuber Ukraine mendakwa wajah dan suaranya diklon menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menunjukkannya sebagai orang Rusia yang  menjual produk di platform media sosial terkemuka di China. FOTO Agensi
Youtuber Ukraine mendakwa wajah dan suaranya diklon menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menunjukkannya sebagai orang Rusia yang menjual produk di platform media sosial terkemuka di China. FOTO Agensi
Agensi

Kyiv: Youtuber Ukraine mendakwa wajah dan suaranya diklon menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menunjukkannya sebagai orang Rusia yang menjual produk di platform media sosial terkemuka di China.

Oddity Central melaporkan, versi AI Olga Loiek yang berbeza ditandakan sebagai Rusia di Xiaohongshu, dengan kebanyakan mereka mendakwa dia tinggal di China.

Gambaran palsu itu menimbulkan kemarahan wanita itu kerana negaranya berperang dengan Rusia.

Awal bulan lalu, Loiek mengeluarkan video di YouTube mengatakan dia menerima mesej daripada seseorang yang memberitahunya bahawa gambar dan videonya dicuri dan digunakan di Xiaohongshu iaitu sebuah platform laman sosial China.

Hasil bantuan individu yang memaklumkannya, Loiek menemui puluhan akaun media sosial menggunakan gambarnya tanpa pengetahuannya

Setiap akaun media sosial mengumpul antara 1,000 dan 150,000 pengikut.

Kandungan dimuat naik adalah serupa dan menunjukkan Loiek yang diklon itu fasih berbahasa Mandarin, menyanyikan lagu China dan meraikan hubungan baiknya dengan Rusia.

Hakikatnya, Loiek dia tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Sementara orang lain berpindah dari Rusia, hanya China yang menyokong secara senyap-senyap.

"China dan Rusia adalah jiran yang baik. Persahabatan China-Rusia akan kekal selama-lamanya," demikian hantaran dimuat naik akaun, @Natasha Imported Food, menunjukkan Loiek palsu bertutur dalam bahasa Mandarin.

Akaun itu konfeksi Rusia dan memaparkan pautan produk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 11:23 AM