KOKAIN itu disembunyikan dalam alat penjana kuasa palsu. FOTO Reuters
KOKAIN itu disembunyikan dalam alat penjana kuasa palsu. FOTO Reuters
Reuters

Madrid: Polis Sepanyol berjaya merampas lapan tan dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam alat penjana kuasa palsu di pelabuhan selatan Algeciras.

Pihak berkuasa percukaian pada Isnin berkata, kokain dari Surinam itu ditemukan ketika pemeriksaan terperinci kandungan sebuah kontena.

Modus operandi kegiatan penyeludupan kokain itu adalah dadah berkenaan diletakkan di dalam struktur logam yang direka untuk mengelakkan pengesanan daripada pengimbas.

Tetapi ejen kastam mengesan sejumlah besar barang bertindan yang hampir memenuhi kontena, jadi mereka mengarahkannya supaya ia dibuka.

Penyeludup dadah merancang laluan yang direka untuk menyukarkan pihak berkuasa menemukan kandungan sebenar kargo itu.

Dari Surinam, dadah itu dibawa ke Panama dan kemudian ke Algeciras. Destinasi seterusnya ialah Leixoes di Portugal, sebelum ia akan diangkut melalui jalan raya kembali ke Sepanyol.

Dalam rampasan kokain berkenaan, tiga suspek sudah ditangkap, kata ejen kastam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2024 @ 11:03 AM