AUSTRALIA dinobat sebagai negara teratas dengan gaji minimum tertinggi di dunia. FOTO AFP
AUSTRALIA dinobat sebagai negara teratas dengan gaji minimum tertinggi di dunia. FOTO AFP
Agensi

Seiring dengan kos sara hidup tinggi, kemelesetan ekonomi serta kesan inflasi menyaksikan banyak negara sudah mula melaksanakan gaji minimum yang lebih tinggi.

Amerika Syarikat (AS) misalnya antara negara yang melaksanakan pelarasan gaji setiap jam ke tahap lebih tinggi berikutan inflasi pada 2023, berikutan gaji minimum semasa tidak dapat menampung perbelanjaan pekerja sepenuh masa.

Berikut 20 negara yang mempunyai gaji minimum tertinggi di dunia, berdasarkan laporan Yahoo Finance.

1. Australia - Gaji Minimum Sejam: AS$15.46 (RM70.27)

Australia disenaraikan sebagai negara dengan gaji minimum tertinggi di dunia serta salah satu negara mempunyai taraf hidup tertinggi pada 2023.

Semua pekerja berusia lebih 21 tahun berhak menerima gaji ini. Namun, gaji berbeza untuk pekerja bawah umur berkenaan, perantis dan pekerja kurang upaya.

2. Luxembourg - Gaji Minimum Sejam: AS$15.12 (RM68.72)

Negara kecil ini mempunyai gaji bulanan kasar kira-kira AS$2,750 (RM12,498.75) untuk pekerja tidak mahir berumur lebih 18 tahun.

Menjadi negara terkaya di Eropah dengan ekonomi yang cemerlang dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kira-kira AS$126,426.1 (RM574,606.62) pada 2022, negara itu membenarkan gaji minimum yang tinggi dan gaji tinggi.

Ia adalah negara yang mempunyai gaji minimum tertinggi di Eropah.

3. Belanda - Gaji Minimum Sejam: Kira-kira AS$14.08 (RM63.99)

Berbanding kadar ikut jam, gaji minimum di Belanda ditentukan setiap hari, mingguan atau bulanan, bergantung kepada jenis pekerjaan.

Dengan waktu bekerja 36, 38 atau 40 jam seminggu, semua pekerja berumur 21 tahun ke atas menerima gaji minimum kira-kira AS$507 (RM2,304.32) setiap minggu.

Belanda mempunyai waktu bekerja antara paling pendek di dunia.

4. New Zealand - Gaji Minimum Sejam: AS$13.90 (RM63.18)

Pada April 2023, New Zealand menyaksikan kenaikan gaji minimum negaranya sebanyak AS$0.92 (RM4.18) dengan gaji minimum setiap jam mencecah daripada AS$12.9 (RM58.63) kepada AS$13.9 (RM63.18) untuk pekerja dewasa yang bekerja 40 jam seminggu.

Bagaimanapun, gaji berbeza untuk mereka yang baru masuk kerja atau pelatih.

5. United Kingdom (UK) - Gaji Minimum Sejam: AS$13.32 (RM60.54)

Sama seperti kebanyakan negara Eropah, gaji minimum setiap jam di UK adalah berperingkat berdasarkan umur pekerja.

Ia adalah salah satu negara yang mempunyai gaji minimum tertinggi di dunia.

6. Jerman - Gaji Minimum Sejam: AS$13.15 (RM59.77)

Jerman menaikkan gaji minimum negaranya daripada AS$10.76 (RM48.90) sejam kepada AS$13.15 (RM59.77) sejam, pada Oktober 2022.

Dengan jumlah gaji AS$2,280 (RM10,362.60) sebulan untuk pekerjaan sepenuh masa semua pekerja umur atas 18 tahun menjadikan Jerman negara dengan gaji minimum tertinggi di Eropah, selepas Luxembourg.

7. Belgium - Gaji Minimum Sejam: AS$13.10 (RM59.54)

Belgium mempunyai gaji minimum AS$2,143 (RM9,739.93) sebulan, sejak Disember 2022.

Memandangkan purata bilangan jam seorang pekerja bekerja seminggu ialah 36 hingga 40 jam, seorang pekerja memperoleh hampir AS$13 (RM59.09) sejam, jika mereka bekerja selama 38 jam.

Gaji minimum setiap jam juga berbeza dan meningkat untuk pekerja sektor pembinaan dan pembersihan.

8. Perancis - Gaji Minimum Sejam: AS$12.63 (RM57.40)

Peningkatan 2.2 peratus dalam gaji minimum setiap jam diperhatikan di Perancis pada Mei 2023.

Pada masa ini, gaji minimum setiap jam ialah AS$12.63 dengan nilai gaji bulanan kira-kira AS$1,915 (RM8,703.67).

9. Kanada - Gaji Minimum Sejam: AS$12.57 (RM57.13)

Di Kanada, wilayah boleh menetapkan gaji minimum masing-masing. Wilayah dengan gaji minimum tertinggi di Kanada ialah British Columbia, dengan gaji sejam, AS$12.65 (RM57.49).

Sebaliknya, wilayah dengan gaji minimum terendah di Kanada ialah Saskatchewan dengan gaji sejam, AS$9.81 (RM44.59).

Bagaimanapun, gaji minimum setiap jam di peringkat persekutuan di Kanada, berjumlah AS$12.57 (RM57.13)

10. Ireland - Gaji Minimum Sejam: AS$12.38 (RM56.27)

KDNK perkapita Ireland pada 2022 adalah AS$104,038.9 (RM472,856.80).

Purata gaji tahunan di Ireland ialah hampir AS$48,833 (RM221,945.98), manakala gaji minimum untuk pekerja di atas 20 tahun ialah hampir AS$12.4 (RM56.36) sejam.

11. Sepanyol - Gaji Minimum Sejam: AS$9.26 (RM42.09)

Semua pekerja tertakluk kepada gaji minimum setiap jam yang sama tanpa mengira kumpulan umur dan jantina mereka di Sepanyol.

Terdapat kenaikan lapan peratus dalam gaji minimum iaitu Salario Mínimo Interprofessional (SMI) pada Januari 2023.

Gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja yang bekerja mengikut jam ialah AS$9.26 dan untuk pekerja yang bekerja secara bulanan dianggarkan AS$1,184 (RM5,381.28).

12. Israel - Gaji Minimum Sejam: AS$8.23 (RM37.41)

KDNK perkapita Israel adalah AS$54,659.8 (RM248,428.79) pada 2022.

Pada April 2023, kerajaannya meluluskan kenaikan gaji minimum setiap jam kepada hampir AS$8.2 (RM37.27).

13. Andorra - Gaji Minimum Sejam: AS$8.13 (RM36.95)

Andorra ialah sebuah negara kecil antara Perancis dan Sepanyol di timur pergunungan Pyrenees.

Kerajaan Andorra memperkenalkan kenaikan tujuh peratus untuk gaji minimum pada 2023, berbanding 2022.

Pekerja berusia atas 15 tahun mempunyai gaji sejam minimum sebanyak AS$8.13 (RM36.95).

14. Slovenia - Gaji Minimum Sejam: AS$7.58 (RM34.45)

Dengan populasi kira-kira 2.1 juta, Slovenia terletak di Eropah Tengah.

Gaji bulanan minimum negara ini meningkat kira-kira 12 peratus pada Januari 2023 dengan gaji minimum bulanan mencecah hampir AS$1,320 (RM5,999.40).

15. Korea Selatan - Gaji Minimum Sejam: AS$7.51 (RM34.13)

Dengan peningkatan kira-kira lima peratus, gaji minimum setiap jam Korea Selatan mencapai AS$7.51 (RM34.13) pada tahun 2023.

Gaji minimum ini terpakai kepada semua industri yang menyumbang kepada ekonomi Korea Selatan.

Bagaimanapun, negara menjangkakan hanya kenaikan 2.5 peratus dalam gaji minimum setiap jam untuk 2024 disebabkan kemelesetan ekonomi dan peningkatan kadar inflasi.

16. AS - Gaji Minimum Sejam: AS$7.25 (RM32.95)

AS mempunyai gaji minimum setiap jam sebanyak AS$7.25 sejak 24 Julai 2009, untuk pekerja yang dilindungi oleh The Fair Labors Standard Act (FLSA).

Pekerja yang diberi tip menerima gaji minimum setiap jam sebanyak AS$2.13 (RM9.68).

17. Jepun - Gaji Minimum Sejam: AS$6.87 (RM31.22)

Memandangkan tahun fiskal berakhir pada Mac 2023, negara itu memutuskan untuk menaikkan gaji minimumnya sebanyak 3.3 peratus sebanyak AS$0.22 (RM1).

Gaji minimum setiap jam semasa di Jepun berada pada AS$6.87 (RM31.22) hari ini.

18. Poland - Gaji Minimum Sejam: AS$5.66 (RM25.72)

Gaji bulanan minimum di Poland adalah hampir AS$867 (RM3,940.51), manakala gaji minimum setiap jam ialah AS$5.66 (RM25.72).

Kerajaan Poland terus berusaha untuk memperbaiki kehidupan pekerja bergaji rendah dan mendakwa menaikkan gaji bulanan minimum kepada AS$894.4 (RM4,065.05) mulai Julai 2023.

19. Lithuania - Gaji Minimum Sejam: AS$5.63 (RM25.59)

Secara rasmi gaji minimum negara itu meningkat daripada AS$800 (RM3,636) pada 2022 kepada AS$921 (RM4185.94) pada 2023.

Ia mempunyai gaji minimum setiap jam, AS$5.63 (RM25.59) setakat ini.

20. Portugal - Gaji Minimum Sejam: AS$4.86 (RM22.09)

Pada masa ini, gaji minimum di Portugal adalah sekitar AS$833 (RM3,785.99) sebulan.

Mana-mana pekerja yang menerima kurang daripada AS$833 berhak mendapat semakan gaji.

Kerajaan Portugal menyasarkan untuk terus meningkatkan gaji minimum sehingga mencapai AS$987 (RM4,485.91) menjelang 2026.

Anggaran gaji minimum setiap jam ialah AS$4.86 (RM22.09) tidak termasuk bonus dan AS$5.67 (RM25.77) termasuk bonus.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2023 @ 7:15 AM