Jet itu terhempas kira-kira 3.30 petang ke atas gudang di hujung landasan, kata jurucakap Mejar Perry Covington. FOTO Agensi
Jet itu terhempas kira-kira 3.30 petang ke atas gudang di hujung landasan, kata jurucakap Mejar Perry Covington. FOTO Agensi
Reuters

LOS ANGELES: Jet pejuang F-16 yang melakukan latihan rutin terhempas ke atas sebuah gudang di luar Pangkalan Simpanan Udara March di California Selatan semalam, tetapi juruterbang berjaya melonjak keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Akhbar Los Angeles Times memetik kenyataan pegawai bomba, melaporkan nahas menyebabkan kebakaran kecil dan gambar kemalangan di lokasi kejadian disiarkan di stesen televisyen KCAL-TV menunjukkan lubang pada bumbung bangunan itu.

Jet itu terhempas kira-kira 3.30 petang ke atas gudang di hujung landasan, kata jurucakap Mejar Perry Covington.

“Juruterbang melonjak keluar dan dia selamat, tiada kecederaan lain buat masa ini,” katanya, menambah dia tidak percaya ada orang lain di dalam gudang itu ketika nahas berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 11:38 AM