PETUGAS perkhidmatan Ukraine melalui jambatan di sungai Siverskyi Donets yang musnah akibat serangan Rusia di perkampungan Bohorodychne, wilayah Donetsk, semalam. FOTO Reuters.
PETUGAS perkhidmatan Ukraine melalui jambatan di sungai Siverskyi Donets yang musnah akibat serangan Rusia di perkampungan Bohorodychne, wilayah Donetsk, semalam. FOTO Reuters.
Reuters

Kyiv: Rusia melancarkan serangan udara di selatan dan timur Ukraine menggunakan dron yang dipercayai peluru berpandu balistik.

Tentera Udara Ukraine berkata, serangan semalaman itu meletakkan pelabuhan selatan Odesa dan wilayah Mykolaiv, Donetsk, Kherson, Zaporizhzhia serta Dnipropetrovsk di bawah ancaman serangan.

"Rusia kemungkinan menggunakan senjata balistik untuk menyerang wilayah Poltava, Cherkasy, Dnipropetrovsk, Kharkiv dan Kirovohrad," kata tentera udara menerusi mesej di Telegram, awal pagi tadi.

Ketua pentadbiran tentera wilayah Odesa, Oleh Kiper pula memaklumkan, sistem pertahanan udara di wilayah itu sedang menangkis serangan dron Rusia.

"Beberapa gelombang serangan mungkin akan berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 12:13 PM