DUBAI. FOTO fail AFP
DUBAI. FOTO fail AFP
Agensi

Abu Dhabi: Dubai menghapuskan cukai alkohol 30 peratus dalam usaha untuk meningkatkan pelancongan.

BBC News melaporkan, bayaran untuk lesen alkohol untuk kegunaan peribadi iaitu sesuatu yang mesti dimiliki oleh penduduk yang ingin minum arak di rumah juga dimansuhkan.

Dubai melonggarkan undang-undang itu untuk beberapa lama, membenarkan penjualan alkohol pada siang hari ketika Ramadan dan meluluskan penghantaran ke rumah semasa wabak Covid-19.

Langkah terbaru itu dianggap sebagai percubaan untuk menjadikan bandar itu tarikan warga asing, dalam menghadapi persaingan negara jiran.

Kedua-dua syarikat yang mengedar alkohol di Dubai, Dubai, Maritime and Mercantile International (MMI), dan African & Eastern berkata, pihaknya akan memperhalusi isu pemotongan cukai untuk pengguna.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada langkah itu, yang berkuat kuasa pada Ahad lalu, akan kekal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2023 @ 9:54 AM