GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
BERNAMA

Ankara: Sebuah jet pejuang Eurofighter Typhoon Tentera Udara Itali terhempas di pantai Sicily, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita ANSA pada Selasa, pesawat itu dilaporkan terputus hubungan ketika menghampiri landasan untuk mendarat selepas menyelesaikan misi latihan.

Pesawat itu terhempas kira-kira lima batu di tenggara pangkalan udara di muara Sungai Birgi berhampiran pusat pelancongan Rocche Draele.

Usaha mengesan juruterbang masih dijalankan dan berkemungkinan juruterbang masih hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 10:51 AM