GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO AFP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO AFP
BERNAMA

London: Kerajaan Sweden pada Rabu mengundi menyokong pindaan perlembagaan untuk meminda undang-undang antikeganasan.

Riksdag, badan perundangan dan badan pembuat keputusan tertinggi Sweden, menerima pakai pindaan itu dengan undian 270 - 37, lapor Anadolu Agency (AA).

Undang-undang baharu itu akan memberi peluang lebih besar untuk menyekat kebebasan berpersatuan bagi kumpulan yang terbabit dengan keganasan – permintaan utama daripada Turkiye bagi meluluskan permohonan Stockholm untuk menjadi ahli Nato.

Pindaan itu akan membolehkan ia mencadang dan memutuskan undang-undang yang mencegah kumpulan pengganas atau terbabit dalam kesalahan jenayah kumpulan pengganas.

Left Party dan Green Party menentang rang undang-undang itu.

Pindaan itu membuka jalan kepada prosiding jenayah yang lebih mudah bagi memastikan mereka yang menerbitkan maklumat yang menjejaskan hubungan Sweden dengan organisasi negara atau antarabangsa yang lain boleh disiasat oleh Agensi Perisikan Sweden yang boleh membawa kepada penjara empat tahun.

Pindaan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 12:18 PM