FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Rom: Itali membatalkan syarat untuk menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19, pemulihan baru-baru ini atau ujian negatif sebelum memasuki negara itu.

Kementerian kesihatan mengumumkan, syarat untuk menunjukkan apa yang digelar Pas Hijau itu untuk memasuki Itali tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat pada 31 Mei (hari ini).

Itali adalah negara Eropah pertama yang dilanda Covid-19 pada awal 2020 dan mempunyai beberapa sekatan paling ketat, termasuk mewajibkan semua pekerja menunjukkan Pas Hijau.

Apabila kes semakin berkurangan dan majoriti penduduk sudah divaksin, kebanyakan langkah ditarik balik walaupun pelitup muka masih diperlukan ketika menaiki pengangkutan awam dan berada di sekolah.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan, Itali semalam mencatatkan 7,537 lagi kes dan 62 kematian dengan menjadikan jumlah keseluruhan 166,631, menurut kementerian kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2022 @ 9:40 AM