PETUGAS kesihatan menulis nota bersebalah papan tanda yang menyatakan ‘Pusat vaksinasi - zon vaksinasi’ di Perancis pada 31 Mei 2021. Perancis merekodkan peningkatan jumlah pendaftaran janji temu vaksin Covid-19 selepas Macron mengumumkan sekatan ke atas mereka yang tidak divaksin, termasuk ujian mandatori untuk memasuki restoran. FOTO AFP

Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika mengumumkan pelaksanaan program vaksinasi di bangunan Grand Palais di Paris. - FOTO AFP
Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika mengumumkan pelaksanaan program vaksinasi di bangunan Grand Palais di Paris. - FOTO AFP
AFP

Paris: Perancis merekodkan peningkatan jumlah pendaftaran janji temu vaksin Covid-19 selepas Presiden Emmanuel Macron mengumumkan sekatan ke atas mereka yang tidak divaksin, termasuk ujian mandatori untuk memasuki restoran.

Ketua penyelaras laman tempahan janji temu vaksinasi, Doctolib boss Stanislas Niox-Chateau berkata kepada BFMTV, jumlah trafik meningkat mendadak selepas pengumuman Macron pada malam Isnin lalu.

"Kami merekodkan 20,000 janji temu seminit, satu rekod luar jangka sejak kempen ini bermula dan ia berterusan sehingga malam dan pagi ini," katanya.

Menurutnya, sejumlah 926,000 individu membuat tempahan janji temu melalui laman berkenaan, dengan 65 peratus berusia kurang 35 tahun.

Macron baru-baru ini mengumumkan bermula Ogos nanti, mereka yang mahu keluar untuk makan atau minum, menaiki kereta api bagi laluan jarak jauh atau mengunjungi pusat beli-belah perlu menunjukkan 'pas kesihatan', sama ada bukti sudah divaksin atau ujian calitan negatif.

Pas berkenaan juga diperlukan untuk mengunjungi acara, persembahan teater atau tayangan panggung sebagai sebahagian strategi kerajaan untuk mengekang penularan wabak yang kini dikaitkan dengan varian Delta.

Macron turut mengumumkan vaksinasi mandatori untuk kakitangan kesihatan, pekerja rumah penjagaan pesara dan mereka yang berurusan dengan golongan rentan bermula September ini, selaras dengan langkah diambil Greece, Itali dan Britain.

Jumlah kes baru di Perancis meningkat mendadak kepada lebih 4,000 beberapa hari kebelakangan ini berikutan varian Delta.

Sekitar 35.5 juta individu atau separuh daripada populasi Perancis sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, namun kadar suntikan semakin perlahan kebelakangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 9:21 PM