IMEJ USGS.
IMEJ USGS.
AFP

Sarajevo: Gempa bumi bermagnitud 5.7 menggegarkan selatan Bosnia, pada lewat Jumaat, dan dirasai di seluruh rantau Balkan, kata Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berpusat 14 kilometer timur laut bandar Ljubinje, kata USGS.

Tiada laporan mengenai kerosakan besar.

Gegaran itu dirasai sejauh Belgrade, Zagreb dan Skopje, lebih 400 kilometer dari pusat gempa, menurut wartawan AFP.

Laporan kepada USGS menunjukkan gempa juga dirasai di Albania dan selatan Itali.

Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean memberi amaran "gegaran susulan mungkin berlaku dalam beberapa jam dan akan datang".

Balkan terdedah kepada aktiviti seismik dan gempa bumi kerap berlaku.

Gempa bumi bermagnitud 6.4 pada 29 Disember 2020 di wilayah Petrinja, berhampiran ibu kota Croatia, Zagreb, membunuh tujuh orang dan memusnahkan ratusan bangunan dan rumah.

Pada Mac 2020, Zabreb dilanda gempa bumi bermagnitud 5.3 yang menyebabkan kerosakan besar.

Pada November 2019, lebih 50 orang terbunuh di Albania akibat gempa bumi bermagnitud 6.4, menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 11:07 AM