AJMAL ketika tiba di Medyka, Poland. FOTO AFP
AJMAL ketika tiba di Medyka, Poland. FOTO AFP
AFP

Kyiv: Selepas meninggalkan Afghanistan setahun lalu, Ajmal Rahmani percaya dia sudah menemui tempat tinggal yang aman di Ukraine.

Namun minggu ini, dia dan keluarganya terpaksa melarikan diri lagi dan kali ini ke Poland, lapor AFP.

Anak perempuannya Marwa yang berusia tujuh tahun menggenggam patung mainan berwarna kuning air untuk dibawa ketika meninggalkan Ukraine.

Selain Marwa, Ajmal membawa bersama isterinya Mina dan anak lelaki mereka, Omar, 11.

Mereka sekeluarga berjalan sejauh 30 kilometer kerana kesesakan di sempadan Ukraine.

Selepas tiba di Medyka, Poland, keluarga itu menunggu bersama pelarian lain untuk menaiki bas yang akan membawa mereka ke bandar berdekatan iaitu Przemysl.

Ratusan ribu orang melarikan diri selama empat hari konflik ke negara jiran, terutamanya Poland, Hungary dan Romania.

Walaupun kebanyakan pelarian adalah warga Ukraine, ada juga daripada negara lain termasuk Afghanistan, Republik Demokratik Congo, India dan Nepal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 7:01 AM