SAJID Javid. FOTO fail AFP
SAJID Javid. FOTO fail AFP
AFP

London: Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid disahkan positif Covid-19 pada Sabtu dan melakukan kuarantin kendiri ketika pentadbirannya bersiap sedia menamatkan beberapa sekatan di England.

Berdasarkan peraturan pentadbirannya, Javid kini menjalani kuarantin selama 10 hari selepas hantaran di Twitter yang memaklumkan dia positif Covid-19.

Mereka yang tersenarai dalam kontak rapatnya termasuk di dalam kerajaan perlu menjalani kuarantin kendiri selepas menerima arahan daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NSH).

Menurut Sunday Times, Javid turut bermesyuarat bersama Perdana Menteri Boris Johnson pada Jumaat.

Downing Street bagaimanapun enggan memberi komen sama ada Johnson yang pernah dijangkiti Covid-19 tahun lalu akan dikuarantin atau sebaliknya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 10:36 AM