Sheikh Hasina. FOTO AFP
Sheikh Hasina. FOTO AFP
AFP

Dhaka: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mengambil tindakan selepas banyak skandal rasuah termasuk membabitkan bekas pembantu rumahnya yang kini mengembara dengan helikopter selepas mengumpul kekayaan AS$34 juta (RM159.05 juta).

Tuduhan baru-baru ini yang mendominasi media Bangladesh membabitkan seorang bekas ketua tentera, bekas ketua polis, pegawai kanan cukai dan pegawai pengambilan negeri.

Hasina berkata, masalah rasuah yang berlarutan akan diselesaikan.

"Rasuah adalah masalah yang sudah lama berlaku.

"Kepincangan ini mesti dibersihkan... kami sudah mengambil langkah-langkah," katanya kepada kepada pemberita.

Beliau berkata, langkah diambil itu termasuk tindakan terhadap bekas pembantu rumahnya - yang dilaporkan media Bangladesh sebelum ini - menjadi pembawa air, sekiranya dia memerlukan minuman dalam sesebuah majlis.

"Lelaki yang bekerja sebagai peon (budak suruhan) di rumah saya, kini memiliki 400,00,00,000 Taka (AS$34 juta).

"Dia tidak boleh bergerak tanpa helikopter. Bagaimana dia memperoleh banyak wang? Saya mengambil tindakan serta-merta selepas mengetahui perkara ini," katanya.

Hasina tidak mengenal pasti pembantu rumah itu, tetapi beberapa akhbar menamakannya sebagai Jahangir Alam, dan digelar "Pani" atau "air" , kerana pekerjaan lamanya.

Akhbar harian Dhaka Tribune melaporkan individu itu menggunakan kedudukannya di pejabat Hasina untuk terbabit dalam "melobi, manipulasi tender dan rasuah".

Laporan mengenai lelaki itu tersebar dengan pantas di media sosial dengan parti pembangkang menuduh pentadbiran Hasina melakukan rasuah endemik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 1:29 PM