TAYLOR Swift dan bapanya. FOTO Agensi
TAYLOR Swift dan bapanya. FOTO Agensi
AFP

Sydney: Polis Australia berkata mereka sedang menyiasat seorang lelaki berusia 71 tahun atas dakwaan melakukan serangan terhadap seorang jurugambar pada awal pagi Selasa.

Mangsa mengenal pasti lelaki itu sebagai bapa Taylor Swift.

"Polis diberitahu seorang lelaki berusia 71 tahun didakwa menyerang seorang lelaki berusia 51 tahun," kata polis dalam satu kenyataan.

Mangsa, Ben McDonald, memberitahu AFP lelaki itu adalah ayah Swift.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 9:13 AM