GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Bernama-Xinhua

Islamabad: Sekurang-kurangnya enam pengganas dan seorang tentera terbunuh semasa pertempuran antara kedua-dua pihak di daerah Waziristan Utara di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan unit media Tentera Pakistan, pasukan keselamatan melancarkan operasi di kawasan Mir Ali di daerah terbabit.

"Semasa operasi dilakukan berlaku kejadian berbalas tembakan antara tentera dan pengganas hingga mengakibatkan enam pengganas terbunuh, manakala lapan pengganas yang lain cedera," menurut kenyataan itu.

Seorang anggota keselamatan turut terkorban.

Operasi "pembersihan" telah dijalankan bagi menghapuskan pengganas dari kawasan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 9:16 PM