PENGANTIN perempuan (tengah) itu ditemani oleh ibu bapanya di pelamin. FOTO Agensi
PENGANTIN perempuan (tengah) itu ditemani oleh ibu bapanya di pelamin. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Gadis yang dikenali sebagai K, 16, terpaksa duduk sendiri atas pelamin menyambut tetamu, gara-gara pengantin lelaki dikenali KA melarikan diri selepas mereka diijab kabul, di Bima, Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, baru-baru ini.

Bapa pengantin perempuan itu, Adhar Amirudin berkata, pengantin lelaki terbabit langsung meninggalkan acara selepas dijemput keluarganya.

"Selepas diijab kabul, dia (pengantin lelaki) terus keluar dari bilik lalu lari dijemput keluarganya menggunakan motosikal," katanya.

Adhar memaklumkan acara pernikahan anaknya dengan KA sebenarnya sudah dipersetujui. Kedua pihak keluarga juga sepakat melangsungkan resepi selepas akad nikah.

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki menyatakan tidak jadi mahu adakan resepsi dengan secara mengejut. Padahal, menurutnya, kad jemputan sudah diedarkan.

"Kami sudah edar undangan, tidak mungkin kami batalkan resepsi," katanya.

Adhar juga pasrah tidak mampu berbuat apa-apa dengan tindakan pengantin lelaki itu serta keluarganya.

Namun begitu, dia tetap teruskan majlis resepsi berkenaan dan menyuruh anaknya duduk di atas pelamin bagi menyambut tetamu yang hadir.

Sementara itu, ketua kampung, Muhammad, bersetuju pengantin perempuan yang juga penduduk kampungnya itu ditinggalkan pengantin lelaki terbabit.

Ini kerana menurutnya, K masih di bawah umur untuk bernikah sekiranya mengikut undang-undang kampung terbabit.

"Ya, pengantin perempuan masih di bawah umur," katanya.

Menurutnya, kedua pihak keluarga pengantin memang ada berdepan masalah sebelum akad nikah itu. Pihak pengantin lelaki memang tidak mahu meneruskan pernikahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 4:03 PM