ZODIA miliki bau tidak digemari serangga.
ZODIA miliki bau tidak digemari serangga.
Aniza Zainudin


ALTERNATIF semula jadi bagi menghalau nyamuk yang kian popular adalah dengan tanaman zodia atau nama saintifiknya, Evodia sauveolens.

Pertama kali ditemui di kawasan pedalaman Memberamo, Papua, Indonesia, tanaman ini sudah lama dimanfaatkan penduduk peribumi Papua sebagai penghalau serangga dan nyamuk paling berkesan.

Berdasarkan kajian di Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat (Balittro) dengan gas kromatografi, minyak yang disuling dari daun tanaman zodia mengandungi linalool (46 peratus) yang digunakan sebagai penghalau nyamuk.

Tumbuhan yang tergolong daripada keluarga Rutaceae ini mengeluarkan aroma unik yang tidak digemari nyamuk. Aroma khas terhasil apabila daunnya yang leper dan agak melentur berwarna kuning kehijauan.

Maklumat yang paling menarik, daun Evodia suaveolens ini mampu menghalau nyamuk selama enam jam dan aromanya boleh tersebar dalam lingkungan dua meter.

Kini zodia turut ditanam di dalam pasu bagi sebagai penghalau nyamuk semula jadi selain menghiasi kediaman.

Bagi penduduk di wilayah Sentani, Evodia suaveolens turut berfungsi sebagai penghilang bau badan, tonik stamina tubuh dan alternatif rawatan demam malaria.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 5:01 AM