JEMAAH haji menunaikan umrah sebaik tiba di Makkah untuk menunaikan haji. FOTO Reuters.
JEMAAH haji menunaikan umrah sebaik tiba di Makkah untuk menunaikan haji. FOTO Reuters.
​Bernama-SPA

Makkah: Arab Saudi menyediakan lebih 2.2 juta botol air Zamzam pada musim haji tahun ini, seiring dengan peningkatan permintaan.

Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Syeikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menggesa agar kapasiti pengeluaran maksimum air Zamzam yang dilaksanakan di bawah Projek Zamzam Raja Abdullah bin Abdulaziz digandakan bagi mencapai 200,000 botol sehari , lapor Saudi Press Agency (SPA).

Dr Al-Sudais berkata perkhidmatan itu bertujuan menyediakan air Zamzam kepada jemaah haji dengan cara mudah dan efisien, menggunakan mekanisme automatik terkini merentasi peringkat penulenan air dari telaga sehingga sampai ke kilang.

Air kemudiannya dibotolkan secara automatik tanpa campur tangan manusia bagi memelihara kualiti air zamzam kepada jemaah haji.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 1:56 PM