GEMPA bumi  berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan berhampiran New Caledonia di Pasifik. FOTO/FAIL
GEMPA bumi berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan berhampiran New Caledonia di Pasifik. FOTO/FAIL
Reuters

SYDNEY: Gempa bumi kuat bawah laut berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan berhampiran New Caledonia di Pasifik Selatan hari ini, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik, tetapi tidak memberikan ancaman tsunami.

Gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 372 kilometer ke timur ibu negara New Caledonia, Noumea.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 12:40 PM