IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)
IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)
BERNAMA

Manila: Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina mengesahkan gempa bumi luar pesisir dengan magnitud 6.1 menggegarkan wilayah Davao Occidental di selatan Filipina, pada hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan institut itu berkata, gempa yang melanda pada 7.48 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 156 kilometer (km) dan kira-kira 285 km tenggara pulau Sarangani.

Gempa itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tanpa menyebabkan kerosakan.

Kesannya, ia turut dirasai di bandar Cateel berhampiran Davao Occidental.

Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang kawasan lingkaran gunung berapi Pasifik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 12:27 PM