CADANGAN perintah berkurung di  Xi'an menimbulkan bantahan orang ramai. FOTO Agensi.
CADANGAN perintah berkurung di Xi'an menimbulkan bantahan orang ramai. FOTO Agensi.
Agensi

Beijing: Pihak berkuasa bandar Xi'an, China mencetuskan kritikan ramai selepas mencadangkan pelaksanaan perintah berkurung bagi memerangi wabak selesema pada masa akan datang.

Berdasarkan pelan tindak balas kecemasan diterbitkan pada Rabu, Xi'an akan menutup kawasan dan sekolah jika wabak menimbulkan ancaman teruk, lapor BBC.

Ramai netizen mendakwa rancangan itu berlebihan terutama selepas beberapa kritikan terhadap dasar kawalan Covid-19 di China.

Kes selesema di China sering dilaporkan meningkat namun ketika gelombang Covid-19 semakin berkurangan.

Peningkatan kes itu juga menyebabkan kekurangan ubat antivirus di farmasi seluruh negara.

Walaupun belum ada keputusan mengenai pelaksanaan perintah berkurung di Xi'an itu, orang ramai melahirkan kebimbangan sekiranya rancangan itu seperti pendekatan sifar Covid-19 yang dilaksanakan pada Disember lalu.

Seorang pengguna media sosial Weibo menulis bahawa wabak influenza menjadi perkara biasa sebelum Covid-19 dan kehidupan penduduk berjalan seperti biasa.

Seorang lagi menyatakan bahawa kerajaan 'ketagih' untuk mengelak dan mengawal wabak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 12:52 PM